Kemalangan bot di Limbang: Dua lagi dijumpai menjadikan tiga mangsa terkorban 0 6447

LIMBANG: Dua mangsa kemalangan insiden perlanggaran dua bot laju di Sungai Simpang Tiga, Kampung Limpa Ku Pinang, yang sebelum ini dikhuatiri lemas dijumpai petang ini.

Mangsa pertama ditemui ialah seorang kanak-kanak dikenali sebagai Awang Syukri Awangku Rizan berusia tujuh tahun pada kedudukan 100 meter dari lokasi kejadian kira-kira jam 5.30 petang.

Mangsa kedua, Mohd Nazmi Marali, 21, dijumpai kira-kira jam 5.51 petang tidak jauh daripada lokasi mangsa pertama dijumpai.

Kedua-dua mangsa merupakan warga tempatan.Penemuan kedua-dua mangsa itu telah disahkan oleh Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataannya tadi.

Kedua-kedua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Dalam pada itu, turut dilaporkan maut ialah seorang warga Brunei manakala dualagi cedera parah. – Utusan Borneo Online 

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12934

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news