Kementerian Pertahanan Malaysia menafikan kesahihan gambar kononnya anggota tentera yang hilang ditemui 0 5808

KUCHING, Julai 25: Kementerian Pertahanan Malaysia menafikan gambar yang tular di media sosial hari ini yang mendakwa kedua-dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (4 RRD) yang hilang ketika bertugas dalam Operasi PEJARAK (Op PEJARAK) di Pulau Perak, telah ditemui petang semalam.

Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan media memberitahu, gambar bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditularkan itu sebenarnya adalah bot milik Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera yang telah menjumpai mayat seorang wanita ketika sedang belayar melalui kawasan utara Perairan Selat Melaka pada Julai 23 lepas.

“Mayat berkenaan telah diserahkan kepada Balai Polis Tanjung Tokong dan dibedah siasat di Hospital Pulau Pinang.

“Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan Malaysia ingin menjelaskan bahawa operasi pencarian kedua-dua anggota yang disedari hilang sejak Julai 19 lalu masih dilaksanakan oleh pihak TLDM,” kata Kementerian Pertahanan Malaysia dalam kenyataan media itu hari ini.

Kenyataan sama menambah, Kapal Diraja (KD) Laksamana Muhammad Amin telah diaturgerak dalam operasi pencarian yang bermula pada Julai 20 lalu tertumpu di kawasan pulau dan perairan di situ.

Justeru, semua pihak diharap berhenti dan tidak menyebarkan sebarang laporan atau maklumat yang tidak benar bagi mengelakkan kekeliruan dan menghormati ahli keluarga mangsa terlibat. — DayakDaily

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12980

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12260

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news