Kenaikan satu gaji tahunan penjawat awam akan diteliti – KSN 0 6198

JOHOR BAHRU: Kenaikan satu gaji tahunan untuk penjawat awam seperti dijanjikan kerajaan terdahulu akan diteliti sama ada ia wajar diteruskan atau sebaliknya, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar (gambar).

Beliau berkata kajian mengenainya dilakukan dengan mengambil kira kedudukan kewangan negara ketika ini.

Ditanya jangka masa yang diperlukan untuk kajian itu, beliau berkata, ia mungkin setahun atau dua tahun.

“Saya akan tengok balik perkara ini dan akan bawa ke pihak yang boleh membuat keputusan. Saya tak boleh nak komen, tetapi memandangkan dengan bebanan hutang (negara) yang tinggi, kita merasakan perkara ini perlu dilihat semula,” katanya.

Ismail berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Bual Bicara Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di Pusat Konvensyen AntarabangsaPersada Johor, di sini, hari ini.

Pada April lepas, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (Mappa XVI) di Putrajaya, mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk kira-kira 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai lepas.

Pemberian kenaikan gaji itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah para penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan dan kenaikan tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

Pemberian itu bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi tahun 2018.

Sementara itu, Ismail berkata kajian untukmengecilkan jabatan-jabatan kerajaan sedang dilakukan bagi mengelakkan pertindihan fungsi ketika ini.Beliau berkata kajian tersebut dijangka mengambil masa sehingga suku pertama tahun depan.

“Kita sekarang sedang melihat balik, selepas penyusunan ini selesai, kita akan masuk fasa kedua iaitu melihat agensi yang bertindih dari segi fungsi tugas dan sebagainya.

Kita akan melihat dan memperkecilkan mengikut kesesuaian,” katanya dengan menambah terdapat banyak jabatan yang akan terlibat.

Ditanya mengenai berita baik untuk penjawat awam pada pembentangan Bajet 2019 pada 2 Nov depan seperti pemberian bonus, Ismail enggan mengulas dan meminta penjawat awam menunggu pengumuman berkenaan.– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news