Kenapa buku teks BM Tingkatan 1 tidak senaraikan Sarawak sebagai pengeluar minyak? 0 6966

KUCHING: Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 tidak menyenaraikan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak di Malaysia.

Kesilapan itu dikesan pada ruangan ‘Perkasa ilmu, Tahukah anda?’ pada muka surat 23 dalam buku setebal 236 muka surat.

Ruangan itu ditulis ‘Negara pengeluar utama minyak dunia ialah Amerika Syarikat (13.7 peratus), Arab Saudi (11.9 peratus), dan Rusia (11 peratus). Malaysia juga merupakan antara negara pengeluar minyak dunia. Kawasan cari gali minyak di Malaysia terdapat di perairan Terengganu, Kelantan dan Sabah.’

Penulis buku tersebut tidak memasukkan Sarawak sebagai negeri pengeluar minyak dan gas dalam ruangan yang dimuatkan di muka surat terbabit.

Buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka dan dicetak pada 2016 itu ditulis Mardian Shah Omar, Solehah Mustafa dan Beseknorliana Remeng.

Mengulas mengenainya, Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) Lina Soo berkata, kesilapan itu adalah sukar untuk diterima.

Ruangan ‘Perkasa Ilmu’ yang cuma menulis kawasan cari gali minyak di Malaysia terdapat di perairan Terengganu, Kelantan dan Sabah.
WAJAR DIPERBETULKAN: Ruangan ‘Perkasa Ilmu’ yang cuma menulis kawasan cari gali minyak di Malaysia terdapat di perairan Terengganu, Kelantan dan Sabah.
Ia seolah-olah tidak menceritakan peranan sebenar Sarawak sebagai pengeluar minyak dan merupakan penyumbang terhadap pendapatan negara.

Menurut Lina, Sarawak menghasilkan minyak bernilai RM150 juta sehari.

Beliau meminta Kementerian Pendidikan dan Menterinya agar lebih prihatin tentang perkara yang diajar di sekolah.

Usaha untuk mendapatkan ulasan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung kesilapan itu setakat semalam, gagal.

Kerajaan Sarawak menerima royalti minyak dan gas lima peratus secara tahunan daripada kerajaan persekutuan.

Proses memohon agar kadar royalti itu dinaikkan kepada 20 peratus juga kini giat dibincang antara kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutuan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13144

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12615

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news