Kepala bayi tersangkut jeriji pintu 0 6131

PASUKAN Jabatan Bomba dan Penyelamat menyelamatkan seorang bayi yang tersangkut kepalanya pada jeriji pintu.

Seorang jurucakap jabatan itu berkata, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn ke lokasi kejadian di sebuah unit apartment pada kira-kira pukul 12 tengah hari Isnin.

“Mereka tiba di tempat kejadian pada pukul 12.10 tengah hari.

“Pasukan bomba memeriksa keadaan dan menggunakan gergaji untuk memotong besi jeriji pintu bagi mengeluarkan kanak-kanak yang tersangkut,” menurut jurucakap itu.

Tiada kecederaan dilaporkan pada bayi berusia setahun itu. – The Star

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12483

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news