Kepemimpinan Abang Johari disenangi ramai 0 5717

KUCHING: Kepemimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg sepanjang tempoh dua tahun menjadi Ketua Menteri disenangi rakyat Sarawak.

Tinjauan Utusan Borneo hari ini mendapati rata-rata rakyat menyuarakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu.

Seorang penolong pegawai perubatan Maxwellen Gibson, 28, mengakui Ketua Menteri merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan mengambil berat akan kebajikan rakyatnya.

Menurutnya, kesungguhan Abang Johari untuk membangunkan Sarawak tidak hanya terbatas untuk sesebuah kaum mahupun topografi tertentu.

“Ia terbukti dengan kepimpinan beliau hari ini yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai contoh, baru-baru ini, saya terkejut apabila melihat kampung saya banyak berubah dari segi pembangunannya ketika balik pada musim perayaan Krismas tahun lalu.

“Antara pembangunan yang dilakukan termasuk pembinaan sebuah jambatan konkrit di kawasan Kampung Skibang di Bau yang sebelum ini menggunakan jambatan kayu sebagai jalan utama penduduk terbabit untuk ulang-alik ke kawasan lain,” ujarnya.

Kesemua pembangunan ini, kata Maxwellen, adalah usaha kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Abang Johari yang sentiasa mengutamakan keperluan rakyatnya.

Sementara itu, seorang pekerja swasta yang berasal dari Kampung Kudei, Siti Nuramirah Bashar Mohd Yusuf menyifatkan pengganti arwah Tok Nan itu sebagai seorang pemimpin yang berusaha untuk memodenkan Sarawak.

Sepanjang dua tahun ini, katanya, pelbagai program dan rancangan diatur Ketua Menteri termasuk meluaskan penggunaan jalur lebar ke kawasan pedalaman.

“Pendekatan yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah kepemimpinan Ketua Menteri turut membuka peluang kepada generasi muda dan rakyat kawasan luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

“Kemudahan jalur lebar ini secara langsung memberi peluang sama rata antara rakyat luar bandar dan di bandar,” kata Nuramirah, 22, yang bercita-cita untuk membuka kedai makanan sendiri satu hari nanti.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan terus memberi sokongan dan merancang lebih banyak program untuk membantu generasi muda di Bumi Kenyalang terutama dalam bidang keusahawanan.

Bagi bekas Ketua Kaum dari Kampung Bintawa Batu, Tinggian Demak, Ahmad Saat, 74, beliau sangat mengkagumi kewibawaan Ketua Menteri keenam itu dalam memacu negeri ini termasuk perjuangannya dalam mengembalikan hak-hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Banyak dasar dan usaha-usaha yang dilakukan beliau (Abang Johari) bagi memastikan rakyat Sarawak terus menikmati manfaat kemakmuran yang lebih baik dari segi ekonomi mahupun sosial.

“Sesungguhnya, kita (rakyat) bertuah kerana mendapat seorang Ketua Menteri yang bukan sahaja berpandangan jauh tetapi juga berjiwa rakyat,” katanya sambil berharap Abang Johari akan membwa lebih banyak pembangunan untuk negeri tercinta. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13154

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12624

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news