Kerajaan akan wujud tiga kategori rumah mampu milik 0 5932

Kerajaan akan mewujudkan tiga kategori rumah mampu milk yang akan dibina di bawah Dasar Perumahan Negara, selewat-lewatnya pertengahan November ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata rumah berharga RM150,000 dan ke bawah, RM150,000-RM300,000 dan RM300,000-RM500,000 akan termasuk dalam kategori baharu itu.

Zuraida berkata semua projek perumahan di bawah lima entiti perumahan terdiri daripada Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), UDA Holdings Bhd, Syarikat Perumahan Negara (SPNB) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan diselaraskan di bawah satu program.

“Ini bermakna entiti perumahan itu akan menggunakan reka bentuk yang sama, harga dan pengurusan yang sama,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex 2018) di ibunegara hari ini.

Zuraida berkata pelbagai usaha dilakukan untuk merapatkan jurang harga antara rumah mampu milik dan rumah mewah melalui perbincangan berterusan dengan Bank Negara Malaysia.

“Kami juga meneliti pelbagai pilihan bagi keperluan perumahan sosial di kawasan bandar, terutamanya skim sewa milik (RTO) dengan penyewa akan diberikan masa untuk merancang dan membeli rumah tersebut selepas lima tahun (menyewa),” katanya sambil menamabh skim bina-dan-jual tidak menjadi sebahagian daripada agenda kementerian buat masa ini.

Selain itu, Zuraida optimis dengan prospek industri hartanah memandangkan pelbagai dasar yang telah diwujudkan serta usaha berterusan yang bertujuan memudahkan rakyat memiliki rumah sendiri.

Sementara itu bekas Presiden Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor berharap kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baharu serta kos pembangunan dan pematuhan ke atas industri perumahan memandangkan ia telahpun tertekan dengan margin yang sangat rendah.

“Ia berkaitan kuantiti, bukan margin bagi kami. Margin yang dicatatkan kami (pemaju) adalah lebih kecil iaitu kira-kira 12 hingga 16 peratus berbanding 35 hingga 40 peratus kira-kira 30 tahun lepas.

“Untuk mengatakan kami kini memperoleh lebih banyak keuntungan adalah tidak benar. Kami mencatatkan prestasi keuntungan yang hampir sama kerana kuantiti adalah lebih besar. Sebagai contohnya jika kami perlu (menjual) 1,000 unit untuk mencapai margin kami, sekarang kami perlu menjual 3,000 unit untuk merekodkan margin yang sama,” katanya.

Mapex 2018 yang dianjurkan Rehda selama tiga hari akan berakhir Ahad,14 Okt.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news