Sarawak tolak jawatankuasa kabinet Putrajaya berhubung MA63 0 6457

SARAWAK mempertikaikan cadangan kerajaan Pakatan Harapan berhubung jawatankuasa khas kabinet untuk menyemak semula Perjanjian Malaysia 1963.

Ketua Menteri Abang Johari Openg berkata beliau berpendapat bahawa jawatankuasa itu harus dimodelkan mengikut garis-garis Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang dibentuk pada tahun 1961 untuk melihat pembentukan Malaysia.

IGC yang dibubarkan pada tahun 1963, terdiri daripada wakil-wakil kerajaan United Kingdom dan Ireland Utara, Brunei, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (kini dinamakan semula Sabah), Sarawak dan Singapura.

Menteri UK untuk Hal Ehwal Kolonial, Lord Lansdowne, adalah pengerusi jawatankuasa itu, manakala Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Abdul Razak merupakan timbalan pengerusi.

“Ia tidak sepatutnya jawatankuasa kabinet,” kata Abag Johari kepada waratwan selepas perasmian pameran dan persidangan air dan bahan buangan di Kuching hari ini.

Beliau juga berkata perubahan yang dicadangkan itu mesti disemak sepenuhnya.

“Saya hargai cadnagan untuk meminda perlembagaan (tetapi) lebih baik kita melihat (kepada apa yag akan dipinda) secara holistik, secara total.”

Ketua menteri memberikan Perkara 112 (D), yang menguruskan semakan geran khas untuk Sabah dan Sarawak, sebagai contoh.

Beliau berkata peruntukan itu “perlu diperkukuhkan”.

“Ia mesti seperti IGC, untuk mengkaji semua aspek perlembagaan dan juga Perjanjian Malaysia.”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang, Liew Vui Keong pada Isnin berkata kertas kerja berhubung jawatankuasa khas kabinet dan cadangan ahlinya akan dihantar kepada kainet untuk dibincangkan pada mesyuarat hari ini.

Liew berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersama ketua menteri Sabah dan Sarawak, Peguam Negara Tommy Thomas dan Peguam Negara bagi dua wilayah Borneo termasuk sebagai ahli.- TMI

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13156

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12626

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news