Kerajaan GPS mulakan langkah untuk memenangi pilihan raya negeri Sarawak 0 6051

KUCHING: Usaha ke arah memenangi pilihan raya negeri Sarawak ke-12 telahpun dijalankan dengan kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mula melaburkan rizabnya bagi pelaksanaan projek dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Prof Dr James Chin.

“Perkara penting tentang pilihan raya negeri yang akan datang (dijangka diadakan pada 2021) adalah jelas, bahawa kerajaan negeri akan menggunakan habis-habisan rizab dalam tempoh dua tahun akan datang untuk memenangi pilihan raya negeri,” kata Chin, yang merupakan pengarah Institut Asia, University of Tasmania, dan felo kanan Pengajian Tadbir Urus, Institut Asia Tenggara Jeffrey Cheah, Sunway University, dan profesor adjung Sains Politik, Monash University.

Katanya wang berperanan penting dalam pilihan raya terutamanya di kawasan luar bandar apabila begitu banyak wang disalurkan dan menghasilkan banyak perubahan.

Chin adalah antara tiga penceramah pada sesi pertama bertajuk “Sarawak Baharu dalam sebuah Malaysia Baharu – Apa Yang Menanti di Hadapan?’ pada Persidangan Antarabangsa mengenai Sarawak dan ASEAN , yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini. Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang merupakan moderator persidangan.

Menurut Chin, dengan hasrat kerajaan negeri untuk melabur RM11 bilion di kawasan luar bandar bagi infrastruktur dan utiliti dalam tempoh dua tahun akan datang, ia berkemungkinan membolehkan kerajaan GPS mendapat ‘pulangan daripada pelaburan’ dalam pilihan raya negeri berikutnya.

“Ini adalah rizab negeri dan ia tidak membawa implikasi kepada perbendaharaan negeri kerana Sarawak sentiasa mencatatkan belanjawan lebihan sejak hari pertama lagi.

“Tidak ramai orang yang sedar tentang perkara ini, satu-satunya implikasi yang saya boleh fikirkan adalah jika anda gunakan habis-habisan rizab negeri, jadi bagaimana hendak membuat pelaburan besar sedangkan anda tidak lagi mempunyai wang selepas pilihan raya,” kata Chin.

Dalam perkembangan lain, Chin berkata terdapat kaji selidik yang dikendalikan oleh beberapa pertubuhan, bagaimanapun, masalahnya adalah ramai orang menjadi teruja dengan kaji selidik itu, yang hanyalah merupakan rakaman gambar pada waktu tertentu dan bagaimanakah perasaan mereka tentang sesuatu perkara.

“Misalnya jika anda membuat kaji selidik rakaman gambar sebuah bilik, ia hanyalah tentang bilik itu, jadi tidak perlu terlalu teruja tentang kaji selidik,” katanya.

Chin juga bersetuju bahawa keputusan pilihan raya umum ke-14 akan menjejaskan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang, dan menambah, di Sabah serta Sarawak, kebanyakan pengundi bandar akan berpihak kepada pembangkang.

“Jika kerajaan Pakatan Harapan boleh memerintah dengan baik dalam tempoh dua tahun ini tentulah ia akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya negeri Sarawak,” katanya, dan menambah, ini merupakan peluang keemasan bagi populasi Dayak di Sarawak.

“Kaum Dayak dipinggirkan sejak 50 tahun yang lepas, jadi, ini kali pertama sejak Merdeka apabila kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) melabur banyak wang di kawasan Dayak,” kata Chin.

Chin turut menegaskan bahawa jumlah kerusi DUN di kawasan majoriti Muslim meningkat dengan baik sejak 1970, bagaimanapun bagi China dan Dayak, ia telah menjadi stabil.

“Mereka berulangkali menyatakan tiada elemen perkauman di Sarawak, tetapi jika mereka mengatakan tiada elemen perkauman, bermakna kita boleh duduk bersama-sama dan minum teh, namun dalam politik elemen perkauman sentiasa ada,” katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa perkara itu seringkali diperkatakan dan diberi gambaran yang indah, bagaimanapun, apabila ia bukanlah satu realiti, ia boleh mengakibatkan orang ramai mendapat maklumat yang salah.

“Saya bukanlah hendak mengkritik semata-mata kerana bagi saya, ia perkara yang baik bagi penduduk luar bandar kerana mereka telah dipinggirkan sejak sekian lama, dan adalah bagus jika mereka mendapat sesuatu daripada keseluruhan proses ini,” katanya.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13136

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12508

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news