Kerajaan Persekutuan mahu Sarawak dimajukan setara dengan Semenanjung – Dr Wan Azizah 0 6576

SIBU: Kerajaan Persekutuan mahu Sarawak dimajukan setara dengan Semenanjung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata Sarawak sebuah negeri yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber yang potensinya boleh dimanfaatkan untuk kebaikan rakyatnya.

“Inilah yang kami (kerajaan PH) mahu untuk Sarawak. Inilah apa yang kami janjikan… kami mahukan perubahan dan keadilan untuk semua,” katanya pada majlis makan malam bersama rakyat bersempena lawatan sulungnya di negeri ini sejak dilantik sebagai timbalan perdana menteri, di sini, malam ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh; Ahli Parlimen Julau, Larry Sng; Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo; Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ahli Parlimen, Lubok Antu Jugah Muyang.

Dr Wan Azizah, yang sebelum itu melawat sebuah rumah panjang dan menghadiri taklimat mengenai perkembangan tanaman lada hitam di Julau, Sarikei, berkata walaupun Sarawak agak ketinggalan dari segi kemajuan, beliau kagum dengan rakyatnya yang rajin dan mempunyai kawasan tanah subur yang luas untuk diusahakan.

Beliau berkata adalah penting untuk kerajaan menyediakan infrastruktur perlu dan kemudahan asas termasuk jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik.

Katanya kementerian beliau juga akan bekerjasama rapat dengan pegawai di Jabatan Perdana Menteri untuk mengatasi kelemahan dalam inisiatif e-Kasih bagi penerima yang layak di Sarawak, termasuk menyediakan peruntukan.

Dalam perkembangan lain, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR mahu anggota parti yang menang dalam pemilihan parti untuk tidak melupakan mereka yang sama-sama berjuang untuk parti.

“Anda perlu berpegang pada nilai-nilai idealisme, integriti, akauntabiliti, benar dan adil,” katanya dan menurutnya beliau mahu melihat parti yang kukuh dan tidak berpecah.

Sarawak ialah negeri terakhir akan mengadakan pemilihan PKR pada 10 November ini.

Timbalan Perdana Menteri berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini selepas melakukan lawatan kerja sehari di Sarawak. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news