Kerajaan PH buli rakyat Sarawak, Sabah, kata Zahid 0 5992

KENINGAU: Pentadbiran PH di Putrajaya dilihat membuli rakyat Sabah dan Sarawak apabila kepentingan janji manifesto kepada mereka tidak ditunaikan selepas menjadi kerajaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mempersoalkan, selepas setahun memerintah, apa sudah jadi kepada janji PH memberi royalti minyak kepada kerajaan Sabah dan Sarawak, begitu juga menunaikan janji Perjanjian MA63.

“Mana semua janji ini sekarang? Di pihak BN, kita sudah membuat satu manifesto yang mengambil kira banyak kepentingan dan kebajikan rakyat Sabah, Sarawak.

Tapi atas kuasa takdir, BN tidak dapat menjadi kerajaan, namun selepas ini jika kita diberi peluang menjadi kerajaan, kita akan menyemak semula janji kita (dalam manifesto baru) supaya lebih banyak hak rakyat dapat dijaga,” katanya seperti dilapor portal UMNO.

Dr Zahid berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Zon 4 (Keningau, Tenom, Ranau, Pensiangan) di sini semalam.

Katanya, untuk persiapan PRU-15, BN akan menambah baik manifestonya supaya ia dapat membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat.

Beliau juga berkata, Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada dasarnya meluluskan permohonan UMNO Sabah memohon kuasa autonomi bagi membolehkan mereka mentadbir pengurusan negeri lebih dinamik tetapi butirannya akan diperhalusi sebelum PAU.

Katanya langkah itu memaparkan bukti UMNO Pusat sentiasa mendengar permintaan akar umbi dan menunaikannya demi kepentingan parti.

Dr Zahid juga mahu ahli UMNO mengambil pengajaran kepada kebangkitan semula LDP di Jepun dan Parti Koumintang di Taiwan untuk kembali menjadi kerajaan.

“Formula kejayaan itu kerana mereka bersatu dan mengumpulkan sumber serta tenaga untuk membina kekuatan semula parti di setiap peringkat.

“Ada parti lain di dunia yang selepas kalah tidak mampu kembali sebagai kerajaan sebab mereka berpecah”, katanya lagi.

Beliau turut melahirkan rasa kagum terhadap roh dan semangat perjuangan luar biasa UMNO Sabah walaupun sebelum ini terdapat pemimpin yang bertindak melompat dan keluar parti.

“Ternyata apa yang berlaku tidak melumpuhkan apatah lagi melemahkan UMNO Sabah sebaliknya seperti apa yang dibuktikan hari ini UMNO Sabah terus utuh dan bersemangat.

“Kita yakin UMNO akan terus bangkit bukan sahaja di Sabah malah di seluruh negara dan bersedia untuk berdepan cabaran PRU-15,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13954

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news