Taman Budaya dibuka semula Sabtu ini, tujuh anjing liar ditangkap 0 5859

KUCHING: Taman Budaya yang ditutup kepada umum bagi memberi laluan kepada penangkapan anjing liar akan dibuka semula kepada orang ramai pada Sabtu ini.

Menurut Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, pihaknya akan memantau situasi dari semasa ke semasa meskipun tujuh anjing liar telah ditangkap dalam operasi yang dijalankan sejak Rabu lepas.

Tambahnya, tiga perangkap sangkar masih diletakkan di taman tersebut.

“Pada Sabtu, kesemua perangkap ini akan dialihkan dan ia (Taman Budaya) akan dibuka semula kepada orang ramai.

“Bagaimanapun, anggota penguatkuasa kita akan terus memantau situasi,” katanya ketika pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sarawak, Pestech International dan Bestol serta Layar Bumimas di sini, hari ini.

Abang Wahap berkata, buat masa ini orang ramai masih boleh memasuki taman tersebut namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ternampak anjing liar untuk mengambil gambar dan memaklumkan kepada DBKU.

Operasi itu dijalankan selepas laporan diterima berhubung tujuh individu, termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun, digigit oleh anjing liar di kawasan rekreasi itu pada minggu lepas.

Kesemua tujuh anjing yang masuk perangkap telah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dan satu disahkan dijangkiti rabies. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13164

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12630

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news