Kerajaan Sarawak kini fokus menyediakan kemudahan asas – Abang Jo 0 5635

KERAJAAN akan terus memberi keutamaan dalam menyediakan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik kepada rakyat di Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, setakat ini, beliau sudah melawat 157 kawasan terpencil di luar bandar dan mendapati penduduk di kawasan ini amat memerlukan pembangunan infrastruktur tersebut.

“Paling kritikal adalah keperluan bekalan air bersih dan sebagai jalan penyelesaian jangka pendek, saya telah meluluskan peruntukan RM1 bilion bagi tujuan itu sementara projek saluran paip grid daripada empangan ke rumah penduduk bagi jangka panjang.

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa Majlis Minum Petang Bersama Media yang berlangsung disebuah hotel di Bandaraya Kuching sebentar tadi.

Selain bertemu dengan media, majlis perjumpaan tersebut diadakan sempena genap setahun enam bulan beliau mengetuai kerajaan negeri selepas menggantikan Allahyarham Tok Nan sejak memenangi Pilihan Raya Negeri pada Januari 2016.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15399

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news