Kerajaan Sarawak lulus RM3.6 billion untuk bina jalan, jambatan di pedalaman 0 6362

BINTULU: Kerajaan Sarawak meluluskan projek pembinaan jalan dan jambatan di kawasan pedalaman di negeri ini dengan anggaran nilai RM3.642 bilion yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya, jumlah itu merangkumi 36 projek pembinaan jalan yang menelan kos sekitar RM1.542 bilion, dan 16 projek pembinaan jambatan dengan anggaran nilai RM2.195 bilion.

“Projek itu akan mula dilaksanakan dalamtempoh dua tahun ini manakala tender akan mula dibuka suku pertama tahun hadapan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantauan Perlaksanaan “Walkabout Projects” Ke-3 2018 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri DatukAmar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Di Bintulu katanya, projek yang sudah diluluskan setakat ini merangkumi pembinaan Jalan Baru Tatau – Kuala Tatau sepanjang 70 kilometer yang menelan kos pembinaan sebanyak RM200 juta, dan projek menaiktaraf JalanKelebu ke Rumah Ado Tatau yang bernilaiRM25 juta.

Jelasnya, pembinaan Jambatan Batang Kemena yang bernilai RM 2.195 akan dimulakan dalam masa terdekat yang mana semua kos pembinaannya dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

Pelaksanaan projek itu katanya, jelas membuktikan Kerajaan Sarawak benar-benar komited bagi memperbaiki prasasana serta infrastruktur di negeri ini khususnya di kawasan luar bandar dalamusaha memberikan khidmat terbaik buat rakyat.

Terdahulu, Abang Johari merasmikan majlis penutupan Simposium Budaya Iban Kali Ke-7 yang dihadiri sekitar 1, 000 komuniti Iban di bahagian ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news