Kerajaan tidak berhasrat wujud “BR1M” versi Sarawak 0 5865

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak berhasrat untuk memperkenalkan Bantuan Rakyat seperti (BR1M) bagi membantu meringankan beban golongan sasar terutama yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan.

Walau bagaimanapun menurut Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Kerajaan Sarawak terus berusaha untuk meringankan beban golongan sasar dengan memberi bantuan melalui program peningkatan pendapatan ekonomi atau program pemerkasaan keupayaan.

Antara program yang dilaksanakan dibawah Kementerian dan Jabatan Wanita dan Kelurga Sarawak atau Program Bantuan Kewangan Bulanan seperti Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Orang Tua (BOT), Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) , Bantuan Belia Beliawanis, Bantuan Am (BA) dan Bantuan Anak Pelihara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18, hari ini. – TVSarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13952

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news