Pembinaan gereja baharu St Anthony of Padua Chapel di Tudan perlu RM500,000 0 6202

MOHON BERKAT: Uskup Richard memotong riben selepas upacara memberkati kawasan tapak Chapel St Anthony of Padua di Tudan, pada 2 Mei lalu.

MIRI: Lebih RM500,000 diperlukan untuk membina gereja kecil baharu St Anthony of Padua Chapel di Tudan.

Sehubungan itu, jawatankuasa gereja kecil berkenaan merayu orang ramai untuk sama-sama menyumbang bagi tabung pembinaan chapel bagi menampung kos dan memastikan kelancaran projek pembinaan berkenaan kelak.

Menurut jurucakap jawatankuasa gereja kecil berkenaan Hendrick Rosli, kerja-kerja mencerucuk sudahpun dilakukan sejak lebih setahun lalu dan kini kerja-kerja mengisi tanah sedang dilakukan di tapak yang dicadangkan untuk chapel berkenaan.

“Sehubungan itu, saya merayu orang ramai untuk tampil ke hadapan, menghulurkan derma seikhlas hati, untuk membantu kami mencukupkan kos membina ‘Rumah Tuhan’ ini dan untuk keperluan masyarakat Kristian di Tudan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurut Hendrick, kos membina gereja kecil itu menelan belanja RM1.5 juta ringgit dan pada masa ini jawatankuasa telah berjaya mengutip hampir RM1 juta.

Beliau berkata, kini tabung dana chapel itu memerlukan lebih daripada RM500,000 dari orang awam untuk membantu melancarkan projek dan menampung jumlah keseluruhan pembinaannya.

Hendrick berkata orang ramai boleh menghubungi beliau untuk mendapatkan nombor akaun bagi tabung pembinaan chapel tersebut di talian 013-8333296.

“Pada masa ini, jawatankuasa telah mengutip hampir RM1 juta tetapi kita masih memerlukan lebih RM500,000 untuk menyelesaikan pembiayaan bagi menampung kos membina chapel tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini bangunan gereja kecil St Anthony of Padua sedia ada, hanya mampu menampung jumlah penganut Kristian yang terhad sahaja, untuk upacara bersembahyang di situ, kerana ruang yang kecil, di samping populasi umat Kristian yang semakin bertambah di sini.

Hendrick menambah kata, jumlah RM1.5 juta itu juga hanya untuk membina bangunan gereja kecil itu dan kawasan parkir kereta, tidak termasuk keperluan dan peralatan dalam gereja kecil itu kelak.

Sementara itu, Uskup Miri Richard Ng hadir semasa upacara memberkati tapak St Anthony yang baharu itu pada 2 Mei lalu dan majlis tersebut turut dihadiri oleh penduduk Kristian di Tudan dan kawasan sekitarnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12904

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news