Kerana berebut kasut di tepi jalan, tukang kayu ditikam di perut di Tabuan Melayu 0 7822

KUCHING: Seorang lelaki dari Kampung Tabuan Melayu kini diburu kerana terlibat dalam satu kes serangan bersenjata, kata Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek.

Katanya, ia susulan kes seorang tukang kayu cedera di bahagian perut akibat ditikam oleh lelaki tidak dikenali pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 6.55 petang itu, mangsa berusia 39 tahun dikatakan berjumpa rakannya di tepi jalan Kampung Tabuan Melayu selepas pulang dari kerja.

“Suspek ketika itu cuba mengambil kasut milik pengadu dan berlaku pergelutan.

“Dalam pergelutan tersebut, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat menikam mangsa sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.

Akibat tikaman itu, mangsa mengalami kecederaan di perut sebelum dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Setakat ini katanya, mangsa berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.

Motif sebenar kejadian juga sedang disiasat.

Ah Lek turut memohon kerjasama orang awam menyalur maklumat tentang suspek untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara dan sebatan. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15428

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news