Kereta curi terlibat kemalangan, pemandu diberkas polis di Mukah 0 3519

SIBU: Insiden kemalangan antara dua kereta di KM52 Jalan Mukah-Balingian hari ini membawa kepada penangkapan seorang lelaki kerana memandu kereta disyaki curi.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata pemandu kereta sedan 33 tahun, ditahan selepas semakan polis mendapati kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut dilaporkan hilang di Tanjung Kidurong, Bintulu pada Khamis lalu.

“Polis membawa lelaki yang berasal dari Betong itu ke Balai Polis Balingian untuk tujuan dokumentasi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian pada pukul 9.00 pagi, pemandu pikap sedang dalam perjalanan dari Miri ke Mukah apabila sebuah kereta melanggarnya dari belakang.

“Akibat itu kedua-dua kenderaan terbabas ke sebelah kanan jalan dan masuk ke dalam parit,” kata Jimmy.

Katanya, pemandu pikap mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Mukah manakala suspek tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, suspek diberkas selepas pemandu pacuan empat roda membuat laporan polis di IPD Mukah.

Kes tersebut masih dalam siasatan IPD Mukah. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15404

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news