Kuching: Sebuah kereta terbakar di depan letak kereta di sebuah rumah di Taman Sri Perkasa sekitar jam 1 petang tadi.
Menurut info awal kereta yang terbakar adalah jenis Produa Kancil dan telah terbakar 10%.
Menurut saksi, kebakaran bermula dari ruangan enjin telah merebak ke seluruhan bahagian kenderaan dan telah menjejaskan struktur di ruang letak kereta.
Difahamkan ketika kejadian seorang wanita berumur 30an bersama seorang kanak – kanak berumur 6 tahun bertindak berlari keluar rumah menyelamatkan diri sejurus menyedari kebakaran tersebut.
Setakat ini kebakaran berjaya dikawal oleh pihak bomba dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan. – Kamek Miak Sarawak