Kes bunuh Nurnia Azalea, jangan sebar spekulasi hubungan suspek dengan mangsa 0 6033

Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, penjawat awam yang ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya diikat di bilik sewanya di sebuah rumah di Jalan Tiong Hua 1, Sibu pada 2 Ogos lalu tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan suspek kes pembunuhannya, , Phillip Uja, 42, seperti yang viral di laman sosial, walaupun mereka berasal dari Kanowit.
  
Sebaliknya, suspek pernah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita lain yang menyewa bilik bersebelahan bilik mangsa seperti didedahkan seorang jiran yang enggan namanya disiarkan.
   
Difahamkan, mangsa pernah menegur suspek kerana bebas keluar masuk rumah berkenaan dan menimbulkan rasa tidak selesa kepada penyewa lain. 
  
Hasil siasatan polis sebelum ini mengesahkan tiada kesan pecah masuk ke rumah berkenaan pada hari mayat mangsa ditemui, sejurus pemeriksaan dilakukan di pintu masuk utama rumah berkenaan, malah suspek turut dibawa meninjau ke rumah berkenaan, termasuk melakonkan semula adegannya memasuki premis berkenaan dan membunuh mangsa.
  
Sementara itu, Ketua Polis Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan secara kebetulan, mangsa dan suspek berasal dari Kanowit.
  
“Hasil siasatan mendapati suspek datang ke rumah berkenaan untuk mencari bekas teman wanitanya dan dari situlah kejadian berlaku. Kita sedang mengenalpasti motif sebenar pembunuhan ini. Kita berharap penjelasan ini dapat mengelak sebarang spekulasi mengenai kes ini, terutama di laman sosial hingga boleh menganggu proses siasatan. Suspek masih dalam tempoh reman sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut,” katanya. - Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15079

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8375

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news