Kes hina bapa Watson Nyambek, mahkamah keluar waran tangkap terhadap Marsha Milah Londoh 0 6054

SIBU: Waran tangkap telah dikeluarkan kepada saksi pendakwaan yang gagal hadir ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang sedang dilakukan terhadap tuduhan mengaibkan bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Majistret Saiful Sayoti mengarahkan waran tangkap itu dikeluarkan terhadap Marsha Milan Londoh dari Taman Danau Desa, Kuala Lumpur berkuatkuasa pada hari ini sehingga 22 Mac jam 9.30 pagi. Marsha didapati gagal hadir ke mahkamah pada 3 Januari dan 29 Januari (hari ini) walaupun sudah dikeluarkan sepina untuk menjadi saksi pendakwaan bagi memberi keterangan mengenai kes tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zulfadhli Tuah memberitahu mahkamah bahawasaksi (Marsha) telah memaklumkannya untuk menukar tarikh untuk memberi keterangan sebagai saksi terhadap kes itu di Mahkamah Sibu iaitu pada hari ini.Beliau berkata, saksi terikat dengan komitmen kerja yang telah ditetapkan kerana terbabit dalam penggambaran drama bersiri di Kuala Lumpur.

Beliau juga turut menjelaskan kepada pihak mahkamah kerana saksi (Marsha) mempunyai alasan kukuh untuk tidak hadir ke mahkamah dengan menulis surat kepadanya sambil merayu agar menukar tarikh terdahulunya (perbicaraan hari ini).

Pengacara rancangan Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan dan penerbitnya Abdul Ghani Mokhtar menghadapi pertuduhan bersama.Azizul Ammar, 31, dari Kuala Lumpur dan Abdul Ghani, 42, dari Petaling Jaya, Selangor dituduh dengan sengaja menghina Watson, 42, dengan memprovokasi bekas pelari pecut itu meskipun sedar tindakan provokasi tersebut boleh mengugat keamanan awam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Mei, 2017, kira-kira jam 11.30 pagi di sebuah hotel di Jalan Wong King Huo dan didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.Seksyen 504 ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit dengan kesalahan.

Sementara itu, kedua-dua tertuduh bebas dengan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.Watson yang merupakan jurulatih sepenuh masa dengan Majlis Sukan Negara pada 24 April tahun lalu telah membuat laporan polis setelah tidak berpuas hati dengan rancangan sukan yang disiarkan oleh sebuah syarikat televisyen swasta itu.

Dalam rancangan yang disiarkan itu ketika menyebut nama ‘Watson Nyambek’ seakan menyamakan bapa Watson, yang meninggal dunia tiga tahun lepas, dengan binatang.

Marsha adalah pengacara bergandingan denganAzizul Ammar dalam rancangan tersebut ketika kejadian.Beliau juga merupakan seorang pelakon dan model.Mahkamah menetapkan 22 Mac ini untuk pendengaran lanjut kes tersebut. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15390

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news