Kes kompaun pertama rabies di Sarawak 0 5971

KUCHING: Seorang lelaki yang membawa seekor anjing dari Kuching ke Limbang hari ini menjadi orang pertama dikompaun kerana membawa anjing keluar dari kawasan yang dijangkiti rabies tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa veterinar negeri.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Mejar Ismail Mahedin berkata anjing itu cuba dibawa melalui udara dari Kuching ke Lawas melalui transit di Miri.

Pegawai veterinar dari Lawas pergi memeriksa anjing dan pemiliknya, dan mendapati tiada permit kebenaran. Pemilik anjing kemudiannya dikenakan kompaun RM500 kerana membawa anjing atau kucing dari kawasan yang dijangkiti rabies tanpa permit dikeluarkan pihak berkuasa veterinar negeri adalah kesalahan di bawah Seksyen 37(2) & (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengumumkan tiga lagi kawasan diisytiharkan sebagai dijangkiti rabies.

Kawasan-kawasan ini adalah di Pejabat Kesihatan Daerah Dalat di Mukah, Lapangan Terbang Miri, dan Shin Yang Plywood Sdn. Bhd di Kuala Baram, Miri. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kini 44 kawasan diisytiharkan sebagai dijangkiti rabies di negeri ini sejak penyakit itu mula-mula dikesan pada bulan Jun tahun lepas.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga menambah 3,000 vaksin ke Miri.”Sebanyak 28 pembantu veterinar tambahan juga telah diarahkan untuk melaporkan duti pada 15 Okt untuk meningkatkan kapasiti di jabatan,”katanya. Setakat ini, rabies di Sarawak mengorbankan 12 nyawa.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12928

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12216

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news