Kes penipuan pekerjaan di Kemboja, bekas tukang masak mengaku tidak bersalah 0 5941

Seorang bekas tukang masak mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan melibatkan kes penipuan pekerjaan melibatkan 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Kemboja.

Tertuduh Chang Ying Siong, 24 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Faelly Jeffrey Lanjungan di Mahkamah Majistret pagi tadi.

Tertuduh sebelum ini ditahan pihak polis di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 5 Febuari lalu dan merupakan suspek yang keempat ditahan berhubung kes terbabit.

Majistret menetapkan jaminan mahkamah berjumlah RM 10,000 dengan dua penjamin tempatan yang masing-masing berpendapatan RM 2,000 setiap seorang.

Kes akan disebut semula pada 25 Mac ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa raya Merylene Lindan Andrew Mang.

Sebelum ini, 47 rakyat Malaysia berusia 19 hingga 44 tahun ditahan di Penjara Wilayah Banteay Meanchey, Kemboja selepas diperdaya satu sindiket yang menawarkan pekerjaan di negara itu.

Mereka ditahan di dalam 2 premis yang dikaikan dengan kegiatan perjudian dalam talian, yang kemudian diserbu pihak berkuasa Kemboja.

Mereka bagaimanapun dibebaskan hasil rundingan kedua-dua negara dan selamat tiba di tanah air pada 17 Febuari la

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news