Kes rogol dan bunuh Nurnia Azalea ditangguh 7 disember 0 6575

SIBU: Mahkmah Sesyen di sini hari ini menangguhkan pendengaran kes bunuh dan rogol melibatkan seorang pembantu pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kepada 7 Disember depan.

Hakim Caroline Bee Majanil membenarkan penangguhan itu selepas mendengar permohonan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Tajul Ariffin Musa.

Terdahulu, pihak pendakwa raya memohon kes ditangguhkan semula memandangkan laporan bedah siasat dan laporan kimia kes belum siap.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh, Philip Uja, 42, ditahan reman lanjut dan dihadapkan semula di mahkamah pada 7 Disember depan.

Pada 21 Ogos lepas, Philip dihadapkan di mahkamah sama atas pertuduhan membunuh dan merogol Nurnia Azalea Priscilla antara pukul 8 malam pada 1 Ogos hingga 2.30 petang pada 2 Ogos di sebuah bilik sewa di Jalan Tiong Hua.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 376(4) kanun yang sama bagi merogol pembantu pendaftaran JPN itu.

Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukan hukuman mati jika sabit dengan kesalahan. Ketika prosiding pagi tadi, tertuduh diwakili oleh peguam Rosli Gapor. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news