Kisah Anak Muda Dari Kota Samarahan Yang Berjaya Dalam Industri Food Truck 0 7362

Kuching: Kewujudan Food Truck di Kuching semakin hari semakin memdapat tempat dan sambutan di Sarawak khususnya di Bandaraya Kuching.

Apa yang menariknya semakin banyak anak muda kita memilih food truck untuk menjana pendapatan. Sama ada secara tetap atau part time

Salah seorang anak muda yang yang menarik perhatian penulis yang menceburi industri food truck adalah saudara Kawi Bin Li, 37 tahun yang berasal dari Kota Samarahan.

Menurut saudara Kawi, beliau telah 4 tahun dalam perniagaan food truck dan memilih popcorn, “Popcorn Anas” sebagai menu utama untuk diniagakan di sekitar Bandaraya Kuching. Tindakan beliau memilih Popcorn sebagai Menu utama untuk diniagakan adalah satu tindakan yang cukup tepat, apabila menu yang diniaganya kini menjadi jenama yang cukup popular di Kuching dan Samarahan.

Menurut Kawi dahulu beliau hanya meniaga di uptown dan tepi jalan sahaja. Hasil usaha beliau yang tidak mengenal penat, lelah dan putus asa, beliau mampu membeli sebuah lori untuk dijadiakan food truck. Setelah 4 tahun berlalu hasilnya kini beliau berjaya dan mempunyai 4 buah food truck.

Apa yang cukup mengagumkan kawi antara anak muda Sarawak yang cukup kreatif. Beliau mencipta sendiri Truck & mesin membuat popcorn hanya menonton satu video di youtube.

Jadi kepada anak muda Sarawak yang mahu menceburi perniagaan food truck, anda adalah dialu-alukan. Kerana perniagaan food truck antara perniagaan yang boleh menjana pendapatan yang cukup lumayan. -Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13009

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12484

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news