KKMM pastikan semua rakyat Sarawak dapat akses internet 0 5697

KUCHING 14 Jan. – Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo mahu memastikan perkhidmatan internet bertaraf antarabangsa dinikmati oleh seluruh masyarakat khususnya di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, walaupun terdapat cabaran seperti kedudukan geografi di Sabah dan Sarawak yang bergunung-ganang dan kawasan yang terpencil, perkara itu perlu diatasi.


“Kerajaan perlu lihat bagaimana cara kita boleh pastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada internet.


“Kementerian mahu tekankan kepada internet, yang mempunyai kualiti internet berkelas dunia, iaitu dengan kelajuan minimum 10 Mbps dan 40 Mbps dan dalam persekitaran yang baik,” katanya ketika ditemu bual bersama stesen radio Sarawakfm di RTM Kuching, hari ini.


Beliau juga menekankan mengenai kos penggunaan internet di mana pihaknya mahukan kadar yang tidak terlalu tinggi dikenakan kepada pengguna.


“Jika kos penggunaan internet terlalu tinggi, ia akan mengakibatkan sebahagian rakyat tidak mampu untuk mengguna perkhidmatan internet,” katanya. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13146

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12617

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news