GENEVA β SWITZERLAND Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan meninggal pada usia 80 tahun selepas mengadu sakit, lapor AFP.
Berita sedih kematian pemenang Anugerah Nobel Keamanan itu disahkan PBB menerusi Twitter.
βDengan rasa dukacita seluruh ahli keluarga dan Yayasan Kofi Annan mengumumkan bekas Setiausaha Agung PBB dan pemenang Nobel Keamanan meninggal dunia, hari ini, 18 Ogos selepas mengadu sakit,β kata kenyataan itu.
Annan, warga negara Ghana, meninggal dunia di hospital di Bern, Switzerland, awal pagi, hari ini.