Kor Ming, isteri terima RM101,160 sebulan 0 6056

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mencatat pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan Ahli Parlimen dan pegawai pentadbiran kerajaan.

Berdasarkan portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan yang turut memasukkan nama isterinya itu menerima pendapatan sebanyak RM101,160 sebulan.

Pasangan terbabit turut mengatasi kedudukan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sebelum ini mengisytiharkan pendapatan bulanan bersama isterinya sebanyak RM86,464.92.

Tempat ketiga diduduki oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew dengan jumlah pendapatan RM84,422.50.

Setakat ini, sebanyak 112 Ahli Parlimen sudah mengisytiharkan pendapatan masing-masing dan maklumat terbabit boleh diakses umum melalui my declaration.sprm.gov.my mulai 1 November lalu. Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news