KP Kesihatan: Tiada bukti ganja dapat rawat penyakit 0 6316

Tiada bukti dalam bidang perubatan untuk mengatakan penggunaan minyak ganja dapat merawat penyakit, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu katanya penggunaan minyak ganja di Malaysia dihadkan kepada mereka yang berkelayakan untuk tujuan penyelidikan dan tertakluk kepada kelulusan menteri kesihatan.

“Sekiranya anda ingin menggunakannya untuk sebab-sebab terapeutik, kita mesti membuktikannya dengan data yang perlu datang daripada penyelidikan. Pada tahap ini, kita boleh teruskan kerja penyelidikan.

“Tetapi untuk aplikasi terapeutik, tiada doktor saya menggunakannya untuk rawatan. Ia bukan dalam rawatan arus perdana menggunakan ganja […]

“Semua (peraturan) sudah ada, jadi kita hanya akan ikuti apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan. Kecuali kita mahu mengkaji semula dan meminda Akta Dadah Berbahaya 1952, itu cerita lain.

“Sekiranya ia dapat dibuktikan dapat merawat penyakit tertentu dan ia disokong data dengan seluruh dunia menyokongnya, maka kita perlu (mengkaji semula isu ini),” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Terdahulu dalam sidang akhbar itu Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata kabinet telah membincangkan mengenai hukuman mati terhadap Muhammad Lukman Mohamad kerana memiliki minyak ganja dan bahan berkaitan, serta isu penggunaan ganja.

Beliau berkata tiada keputusan dicapai tetapi kabinet mungkin mengkaji semula isu hukuman mati Lukman pada masa akan datang.

Bagi penggunaan ganja, beliau berkata pendirian kementerian adalah untuk mengehadkannya bagi tujuan penyelidikan sahaja.

Lukman, 29, ditahan pada Disember 2015 kerana memiliki 3.1 liter minyak ganja, 279 gram ganja mampat dan 1.4 kilogram bahan yang mengandungi tetrahydrocannabinol (THC atau bahan aktif dalam ganja).

Peguamnya Farhan Maaruf dilaporkan berkata Lukman tidak berniat untuk mengedar dadah, tetapi hanya mahu membantu pesakit yang dapat dirawat dengan THC.

Lukman dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Ogos di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Undang-undang itu menetapkan individu yang ditangkap memiliki 200 gram atau lebih boleh dituduh melakukan pengedaran dadah yang membawa hukuman mati mandatori.

Kes itu mencetuskan gesaan agar Lukman dibebaskan dan ganja dibenarkan untuk kegunaan terapi, termasuk daripada anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkata hukuman mati itu harus dikaji semula. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15215

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news