KPM siasat ketirisan, kelemahan program susu kerajaan lama 0 6942

Program pembekalan susu di sekolah akan diteruskan menerusi peruntukan yang telah disediakan dalam Belanjawan 2019, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini berkata bagaimanapun beberapa penambahbaikan akan dibuat bagi memastikan program itu mencapai objektif yang disasarkan dengan menangani semua kelemahan pelaksanaan termasuk proses perolehan.

“KPM juga akur tentang wujudnya ketirisan dan kelemahan dalam pelaksanaan program susu ini sewaktu pentadbiran yang lalu dan usaha penyiasatan akan diambil untuk melihat punca kelemahan tersebut dan pihak yang terlibat.

“Siasatan akan dilakukan untuk memastikan perkara yang sama tidak akan berulang,” katanya.

Menurutnya KPM akan memastikan segala kelemahan yang berlaku sebelum ini akan diperbaiki dengan segera dan pelaksanaannya kelak lebih telus selari dengan dasar kerajaan baharu yang menitikberatkan aspek akauntabliti dan integriti.

Semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kerajaan akan menyemak kembali pelaksanaan Program Susu 1Malaysia (PS1M) sebelum membuat keputusan sama ada meneruskan ataupun membatalkan program itu pada tahun depan.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mempersoalkan status PS1M apabila susu kotak di bawah program itu tidak diedarkan sejak Januari lepas walaupun mempunyai peruntukan di bawah Belanjawan 2018 yang dibentangkan kerajaan terdahulu.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news