Kumpulan penculik minta wang tebusan RM4 juta dari keluarga mangsa 0 5747

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan keluarga dua rakyat Indonesia yang diculik di perairan Pulau Bodgaya, Semporna pada 11 September lalu menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) meminta wang sebanyak RM4 juta.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata isteri seorang daripadamangsa yang berada di Sulawesi menerima panggilan telefon daripada kumpulan itu pada 18 Sept lalu kira-kira 10.24 pagi.

“Setakat ini, isteri salah seorang mangsa telah menerima panggilan daripada suspek yang meminta wang tebusan tetapi tiada tempoh yang diberikan untuk membuat pembayaran wang berkenaan.

“Bagaimanapun kami akan tunggu perkembangan seterusnya, mungkin ada rundingan antara keluarga mangsa dan majikan mangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara perbarisan dan amanat Pesuruhjaya PolisSabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini hari ini.

Pada 11 September lalu, dua nelayan warga Indonesia berusia 30-an diculik oleh dua lelaki bersenjata ketika sedang menangkap ikan di Pulau Bodgaya, Semporna kira-kira 12.30 tengah malam.

Dalam pada itu, Omar berkata berikutan kejadian dua lelaki dipercayai ejen jenayah penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang ditembak mati pada 21 September lalu, polis turut menerima beberapa maklumat daripada nelayan yang melihat pergerakan pam bot disyaki sebagai tali barut.

Oleh itu, Omar berkata kawalan keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah akan diperketatkan bagi membanteras jenayah rentas sempadan.– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12366

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news