Lagi ‘sarang’ judi dalam talian di Padawan diserbu polis 0 5366

Lagi ‘sarang’ judi dalam talian di Padawan diserbu polis

KUCHING: Enam lelaki tempatan diberkas dalam serbuan yang dilakukan ke atas sebuah kondominium di Jalan Sungai Tapang, dekat sini pada sekitar pukul 5 petang Selasa kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian.

Ketua Polis Daerah (KPD) Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata suspek yang berumur lingkungan 21 tahun hingga 24 tahun itu menggunakan rumah kondominium sebagai pusat perjudian dalam talian bagi mengaburi mata pihak berkuasa agar sukar dikesan.

Menurutnya, sindiket tersebut dipercayai telah beroperasi lebih kurang tiga bulan di tempat beroperasi dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).

Semasa serbuan, pihak polis merampas beberapa peralatan digunakan untuk aktiviti tersebut antaranya empat unit CPU, empat unit monitor, dua buah telefon pintar pelbagai jenama dan sebuah buku rekod transaksi bank.

“Laman sesawang judi yang digunakan oleh sindiket ialah 918 Kiss, Kiss Kaya, Pussy 888 dan Mega 888.

“Waktu beroperasi adalah 24 jam mengikut giliran yang telah ditetapkan dan jumlah keuntungan kasar bagi mencecah RM7,000 sehari,” ujar beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, setiap pekerja diberikan gaji sebanyak RM1,500 sebulan dan setiap daripada mereka dibekalkan oleh sindiket telefon pintar dan komputer.

“Urusan melibatkan pasaran pelanggan tempatan.

“Setiap jumlah wang pertaruhan akan dikreditkan oleh pelanggan ke beberapa akaun bank sindiket dan seterusnya slip bank akan di hantar melalui sms dan aplikasi WhatsApp. Seterusnya, pekerja akan memberi kata laluan kepada pelanggan untuk memulakan permainan judi,” jelas Aidil lagi.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

oleh Hafizah Abd Hamid – Utusan Borneo

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12985

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12364

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news