Lapan cedera, termasuk enam rakyat Brunei apabila Proton Saga bertembung Innova di Riam 0 5725

MIRI: Lapan orang, termasuk enam penumpang dan pemandu sebuah kereta Toyota Innova dari Brunei cedera, selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan premis E-mart, Jalan Riam di sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 10.24 pagi, yang menyebut kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Proton Saga FLX dan sebuah kenderaan Toyota Innova dari negara jiran, Brunei Darusalam.

“Difahamkan kedua-dua kenderaan bertembung di bahagian sisi menyebabkan lapan orang tercedera, termasuk pemandu dan penumpang kedua-dua kereta.

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa yang tersepit dan pasukan paramedik Hospital Miri telah memohon bantuan pihak bomba untuk mengeluarkan mangsa yang cedera.

Kata Ling Hii, sebuah jentera FRT dan sebuah ambulans EMRS, dengan kekuatan enam anggota kemudian dikejarkan ke lokasi.

“Pasukan kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang cedera iaitu tiga dari dalam Toyota Innova dan dua daripada Proton Saga sebelum memberi rawatan awal.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak paramedik untuk dibawa ke Hospital Miri. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news