Laporan polis dibuat terhadap gambar Najib di kubur Cina 0 3483

Gambar Najib yang disunting dengan berlatar belakang kubur Cina yang tular dalam Facebook. – Foto media sosial

GEORGE TOWN – Penang Front Party (PFP) hari ini membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa menghina bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyunting gambar beliau dengan berlatar belakang kubur Cina di Facebook.

Ketua Pemuda PFP Teoh Kean Liang berkata, perbuatan itu dilihat sebagai tidak bermoral dan biadap serta  satu contoh buruk yang ditunjukkan netizen terhadap bekas perdana menteri itu.

“Saya dari pada kaum Cina, saya sendiri tidak dapat menerima perbuatan seumpama itu yang dilihat boleh mencetuskan isu perkauman serta menyinggung penganut agama lain.

“Kami memandang serius perbuatan ini yang dilihat cuba menjatuhkan imej bekas perdana menteri itu, kita sudah diajar tentang pendidikan moral di sekolah dan mesti menghormati semua kaum tanpa mengira latar belakang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.

Jumaat  lepas, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar Najib yang disunting berlatarkan kubur Cina serta wang kertas untuk orang mati, perbuatan itu disifatkan sebagai memberi maksud yang Najib sudah mati dan dikuburkan di situ.

Teoh berkata pihaknya turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya  menyiasat  dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun itu. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15404

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news