Lelaki bakar diri sendiri, gara-gara kecewa dalam cinta 0 7122

SITIAWAN: Seorang lelaki parah selepas dipercayai membakar dirinya selepas kecewa dengan masalah cinta di sebuah rumah di Kampung Bintang, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 21 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas bergaduh dengan teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu 7.40 malam kelmarin.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung terima satu laporan polis berkenaan seorang lelaki terbakar dan siasatan awal mendapati mangsa dikatakan hendak membakar diri sendiri disebabkan pergaduhan dengan teman wanitanya.

“Mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat HSM, mangsa mengalami cedera terbakar hampir 90 peratus keseluruhan badannya.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku di tempat letak kenderaan di hadapan rumah berkenaan dan terdapat beberapa saksi ketika kejadian berlaku.

“Tempat kejadian juga mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan polis akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk merakam percakapan saksi serta menganalisis rakaman CCTV yang diperoleh,” katanya.

Muhammad Hanif berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh diri.

Klip video dipercayai membabitkan kejadian itu turut viral di laman Facebook semalam yang menunjukkan seorang lelaki dan wanita seperti bergaduh sebelum lelaki terbabit terbakar keseluruhan badannya.-Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12903

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news