Lelaki bawa lembu dewasa naik kapcai 0 6733

ISLAMABAD, Pakistan – Seorang penunggang motosikal memberi senyuman ketika gambarnya dirakam ketika menunggang sebuah motosikal berkuasa rendah atau kapcai sambil membawa seekor lembu dewasa di Pakistan baru-baru ini.

Perbuatan luar biasa itu dirakam oleh seorang penumpang kereta semasa melalui jalan raya sama dipercayai di satu kawasan luar bandar dekat sini pada bulan lalu.

Sebilangan pengguna jalan raya lain termasuk pembonceng motosikal dan pejalan kaki turut merakam aksi itu sambil ketawa.

Berdasarkan laporan, lembu yang disarung dengan kain berwarna putih kelabu itu kelihatan tenang ketika duduk di atas riba penunggang motosikal berkenaan.

Satu rakaman video berdurasi 34 saat menunjukkan penunggang dan lembu itu tular di media sosial serta mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna internet.

“Inilah koboi sejati!,” menurut pengguna media sosial, Kashif Cheema. Nawah Sahib pula menambah: “Ini hanya berlaku di Pakistan.”

Beberapa pengguna internet lain termasuk mereka di Pakistan menyatakan perbuatan menunggang motosikal bersama haiwan peliharaan tanpa mengira saiz termasuk lembu adalah perkara biasa di negara itu. – Agensi

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news