MIRI: Seorang lelaki yang juga seorang bapa berusia 61 tahun hadir di Balai Polis Lutong membuat laporan polis kerana diugut oleh anaknya menggunakan pisau di Senadin sekitar jam 10 pagi .
Menurut lelaki berkenaan anaknya yang berusia 37 tahun mengugut mahu membunuhnya dan meletakkan pisau di lehernya selepas mangsa tidak memberi wang seperti yang diminta oleh anaknya.
Menurut mangsa lagi wang yang diminta oleh anaknya itu dipercayai untuk membeli dadah.
Oleh kerana ketakutan mangsa menuruti sahaja permintaan anaknya tersebut. Selepas insiden tersebut mangsa segera membuat laporan polis dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. – Kamek Miak Sarawak