Lelaki cuba ceroboh, tunjuk kemaluan kepada jiran dicekup polis di Miri 0 7873

MIRI: Seorang lelaki yang cuba menceroboh rumah jirannya serta menunjukkan isyarat lucah dan kemaluan akhirnya ditangkap polis di sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Kuala Baram di sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, suspek berusia 41 tahun itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Lutong.

“Semasa berada di Balai Polis Lutong, suspek telah bertindak agresif dan hendak melarikan diri dengan merempuh pintu utama balai menggunakan kepalanya sehingga menyebabkan pintu balai pecah.

“Kejadian ini turut disaksikan oleh tiga orang awam. Suspek telah dibawa ke Hospital Miri,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau berkata, suspek kini dalam keadaan stabil dan mengalami luka di bahagian kepala dan tangan kanan. Terdapat satu jahitan di kepala dan lima jahitan di tangan kanan suspek.

Lim menjelaskan, suspek ditangkap susulan laporan polis dibuat seorang suri rumah berusia 59 tahun yang mendakwa suspek yang juga jiran dikenalinya cuba memasuki rumah pengadu pada jam 3.24 petang hari yang sama.

“Suspek turut menunjukkan isyarat lucah dan kemaluannya kepada pengadu serta mengintai pengadu dan anak pengadu ketika sedang mandi.

“Siasatan awal mendapati suspek telah mula mengganggu pengadu sejak awal tahun ini,” katanya.

Suspek yang ditangkap disiasat di bawah Seksyen 447 dan 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 427 kanun sama. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13145

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12616

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news