Lelaki dicekup disyaki terlibat pecah masuk rumah di Desa Senadin 0 6287

MIRI: Seorang lelaki berjaya ditangkap Unit Ronda Jawatankuasa Penduduk (JKP) di Jalan Jati Utama Desa Senadin di sini petang kelmarin selepas disyaki terlibat kes pecah masuk sebuah rumah tidak berpenghuni dan mencuri barang berharga.

Terdahulu, JKP menerima laporan kira-kira jam 1.55 petang daripada penduduk kawasan perumahan terbabit mengenai seorang lelaki memecah masuk rumah jiran yang tidak lagi didiami.

Ketua Sukarelawan JKP Miri Malateh Mahmud berkata lelaki terbabit membawa lari sebuah televisyen dari rumah itu.

“Unit ronda pergi ke lokasi dan berjaya mengesan lelaki itu yang membawa televisyen sekitar kawasan terbabit hasil maklumat daripada penduduk.

“Semasa disoal, lelaki terbabit bertindak agresif dan mengeluarkan sebilah pisau diikat pada seutas tali,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Malateh berkata, berlaku pergelutan semasa menangkap suspek dan dua anggota unit ronda mengalami cedera ringan.

“Pergelutan berlaku menyebabkan dua anggota unit ronda mengalami kecederaan ringan, namun suspek berjaya ditahan dan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima laporan mengenai kes kecurian kerusi di rumah yang sama pada minggu lalu.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13146

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12617

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news