Lelaki dicekup polis selepas rompak dan rogol gadis di kuarters pekerja di Kenyalang Park 1 5997

KUCHING: Kurang 12 jam selepas merompak dan merogol seorang gadis ketika melakukan pecah rumah, seorang lelaki dijaring polis di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Manggris di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ng Ah Lek mengesahkan tangkapan lelaki berusia 32 tahun itu, yang dilakukan sekitar jam 12.10 tengah malam oleh sepasukan anggota siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching yang diketuai Asisten Superintendan Ooi Jin Bing.

Sebelum itu, pada jam 1.30 petang Rabu, mangsa yang berusia 17 tahun sedang berehat di dalam biliknya di rumah kediaman pekerja di Kenyalang Park, Jalan Datuk Sim Kheng Hong apabila secara tiba-tiba pintu biliknya ditendang dan dipecah masuk secara paksa oleh dua lelaki tempatan yang tidak dikenali.

“Salah seorang suspek telah merampas barang peribadi mangsa iaitu dompet dan telefon bimbit, manakala seorang lagi bertindak mengacu pisau ke arahnya sambil memaksanya melakukan seks.

Secara kebetulan, tidak lama kemudian kawan kepada teman serumah mangsa tiba-tiba datang dan terserempak dengan suspek yang sedang melakukan jenayah terbabit, lalu berlaku pergelutan.

“Semasa kedua-duanya cuba melarikan diri, dokumen peribadi salah seorang daripada suspek ini telah tercicir.

Mangsa kata Ah Lek, kemudian membuat laporan polis dan dokumen peribadi suspek yang tercicir tadi telah diserahkan kepada pegawai penyiasat, yang kemudian membawa kepada penangkapan suspek.

“Mangsa pula telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Kes kemudian disahkan sebagai jenayah rogol,” kata Ah Lek lagi.

Suspek tambahnya, telah ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan manakala usaha sedang dilakukan untuk mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat, dirayu untuk menyalurkannya kepada pihak polis atau menghubungi balai polis terdekat,” katanya lagi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15425

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8421

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news