Lelaki dipercayai cuba curi kabel koma terkena renjatan elektrik di Miri 0 6797

Seorang lelaki koma dipercayai selepas terkena renjatan eletrik semasa cuba mencuri kabel elektrik milik Sarawak Energy Berhad (SEB) di Tudan pukul 6.25 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, ketika ditemui dilokasi lelaki berkenaan yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, terbaring dipercayai akibat kecederaan terkena renjatan elektrik.

“Mangsa koma serta tidak sedarkan diri sedang menerima rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Miri dan berdasarkan maklumat dari doktor mangsa melecur seluruh badan,”katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat dari SEB,mangsa disyaki cuba mencuri kabel di menara Tudan berdasarkan kerosakan berlaku di atas menara terbabit.

“Anggaran kerugian dialami oleh SEB ialah RM20,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 serta 511 Kanun Keseksaan,”katanya lagi

— Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news