MIRI: Seorang lelaki ditangkap polis setelah disyaki mengintip seorang gadis yang sedang mandi di Tudan pagi kelmarin
Menurut info awal, suspek adalah jiran kepada gadis berkenaan. Kejadian mengintip dikatakan berlaku sekitar jam 8.30 pagi.
Mangsa yang dikatakan sedang mandi telah menyedari ada sekeping cermin telah dimasukkan di tingkap bilik air rumahnya.
Mangsa yang berasa curiga kemudian segera meminta bantuan abangnya membuat pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki dalam keadaan tergesa-gesa melarikan diri sebelum menyembunyikan diri di kawasan rumahnya bersebelahan rumah mangsa.
Abang mangsa yang mengesyaki jirannya itu melakukan perbuatan mengintai adiknya mandi kemudian membuat laporan polis.
Pihak polis kemudian ke lokasi kejadian dan terus menahan suspe. Suspek kini dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya