See Chee How yakin Baru kekal Pengerusi PKR Sarawak 0 5716

KUCHING: Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak See Chee How yakin bahawa Menteri Kerja Raya Baru Bian akan kekal sebagai Pengerusi PKR negeri dalam pemilihan jawatan itu pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN)yang dijadualkan pada Disember nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang itu menegaskan bahawa beliau yakin lebih 20 daripada 29 Ketua Cabang PKR di negeri ini akan menyokong Baru untuk kekal sebagai pengerusi negeri.

“Saya yakin Baru akan kekal sebagai Pengerusi PKR negeri, lebih 20 Ketua Cabang yang telah dipilih pada Pemilihan PKR 2018 lalu akan menyokong beliau sebagai Pengerusi PKR Sarawak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Stampin di sini, hari ini.

See memberitahu pemilihan Pengerusi PKR negeri dilakukan dalam mesyuarat yang akan dihadiri ahli MPN, ketua-ketua cabang dan wakil Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

“Untuk jawatan ini, hanya mereka yang telah dipilih sebagai Ketua Cabang yang layak untuk dilantik sebagai Pengerusi PKR negeri,” katanya sambil menambah Baru adalah merupakan Ketua Cabang PKR Lawas yang dipilih pada Pemilihan PKR 2018 lalu.

Tambahnya, pelantikan Pengerusi PKR Sarawak dan Sabah tidak sama dengan negeri-negeri di Semenanjung yang dilantik secara terus oleh Presiden parti (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Bagi Sarawak dan Sabah, MPP akan menghantar wakil ke mesyuarat ini nanti untuk bertanya kepada setiap ketua cabang dan ahli MPN siapa yang mereka sokong untuk dilantik sebagai pengerusi negeri.

“Oleh itu, ketua cabang yang mendapat sokongan majoriti akan dilantik sebagai pengerusi negeri. Inilah tradisi yang diamalkan kita di sini,” jelasnya.

See memberitahu keadah itu telah digunakan dalam pelantikan pengerusi negeri sejak tiga penggal lalu.

“Ini dipraktikkan di Sabah dan Sarawak tetapi negeri lain di Semenanjung Presiden Parti akan melantik terus setiap jawatan pengerusi negeri.

“Bagi Sarawak dan Sabah, mereka (MPP) akan datang ke sini untuk bersama-sama bermesyuarat menentukannya,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada Ahli Parlimen Julau yang juga Ketua Cabang Julau Larry Sng mempunyai peluang untuk dilantik sebagai Pengerusi PKR Sarawak, See berkata, ia adalah mustahil dan tidak mungkin berlaku.

Larry pada pemilihan parti yang lalu berjaya menempatkan dirinya sebagai salah seorang ahli MPP dan merupakan satu-satunya ahli MPP dari Sarawak.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13145

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12616

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news