Lelaki ditahan polis kerana miliki dadah di Mukah 0 6871

MUKAH: Seorang lelaki ditahan oleh polis dalam satu serbuan kerana memiliki beberapa jemis dadah yang merbahaya.

Menurut info pihak polis, suspek lelaki yang berusia 20 tahun ditahan polis di dalam sebuah rumah di Kampung Petanak sekitar jam 10 pagi semalam.

Hasil pemeriksaan polis, telah menjumpai enam paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis Methampethamine seberat 2.03 gram dan lima paket plastik kecil berisi dedaun kering hancur disyaki dadah jenis ganja berat kasar 4.28 g dan 153 biji pil Nospan.

Hasil saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah. Setakat ini suspek telah ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. -Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13912

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13071

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news