Kuching: Seorang lelaki ditemui mati di dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Jalan Datuk Tawi Sli.
Menurut info awal mayat lelaki berkenaan telah ditemui oleh pekerja bilik hotel yang terpaksa membuka pintu bilik hotel setelah mangsa dilaporkan tidak mendaftar untuk keluar.
Mangsa yang berusia dalam 30an sepatutnya mendaftar untuk keluar Namun tidak berbuat demikian. Susulan daripada perkara tersebut menyebabkan pihak hotel terpaksa membuka pintu bilik untuk membuat pemeriksaan setelah panggilan telepon juga tidak dijawab mangsa.
Setakat ini mayat telah dihantar ke hospital untuk dibedag siasat dan punca kematian masih lagi tidak diketahui. – Kamek Miak Sarawak