Runner dadah dicekup di Kota Sentosa 0 6370

KUCHING: Demi upah RM400, seorang pemuda ditahan selepas dipercayai menjadi pengambil dan penghantar dadah apabila polis menemukan sejumlah dadah dalam poket seluarnya pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 22 tahun berasal dari Serian itu diberkas di pekarangan sebuah inap desa di Kota Sentosa, Batu Tujuh di sini pada pukul 9.45 malam.

“Pemeriksaan ke atas badan suspek menjumpai satu peket plastik lutsinar besar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 56.65 gram dalam poket hadapan sebelah kiri seluar yang dipakai suspek.

“Suspek ditangkap dan diberitahu kesalahannya kerana memiliki dadah dan hasil ujian saringan awal suspek mendapati dia turut positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Aidil, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku dadah kepunyaan seorang pengedar tempatan.
“Suspek mendapat upah sebanyak RM400 untuk mengambil dadah tersebut di lokasi yang ditetapkan,” dedahnya lagi.

Pada masa sama beliau memberitahu suspek mula terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak seminggu lalu dan tidak mempunyai rekod lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah IPD Padawan serta dimasukkan ke Lokap Balai Polis Siburan untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Jelasnya, suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(1) akta yang sama.

Selain itu, katanya, polis turut merampas paket plastik yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 56.65 gram dan juga menyita kereta yang digunakan suspek.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news