Lelaki hilang ketika alih kayu di sungai dikhuatiri lemas di Betong 0 3341

BETONG: Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila ketika mengalihkan kayu di sungai berhampiran Rumah Mujan, Skrang sekitar 11.30 pagi tadi.

Menurut rakan mangsa, Shamsudin Matdeli, 52, ketika kejadian mereka yang terdiri daripada tujuh orang termasuk mangsa sedang memotong dan mengalihkan kayu di sungai terbabit.

“Namun secara tiba-tiba, mangsa iaitu Faizal Ibrahim, 27, atau lebih dikenali dengan panggilan Badul lemas dan tenggelam di sungai tersebut.

“Melihat situasi tersebut, kami berusaha mencari Badul, namun tidak menjumpainya. Saya kemudian bertindak membuat laporan polis berkaitan dengan kejadian tersebut,” katanya.

Dalam masa yang sama juga, sebaik laporan polis dibuat, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong turut dimaklumkan berkaitan dengan kejadian tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong, Vincent Baling Yabi ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkaitan dengan kejadian tersebut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sedang giat dijalankan dan status oeprasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” ujarnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15404

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news