Lelaki jadikan kanak-kanak sebagai tebusan mati ditembak 0 5863

TUARAN: Polis Sabah menembak mati seorang lelaki yang menjadikan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tawanan di sebuah apartmen di Telipok, dekat sini petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata tindakan itu diambil selepas suspek cuba mencampak kanak-kanak tersebut dari tingkap dapur sebuah unit di tingkat empat pangsapuri berkenaan kira-kira 6 petang tadi.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di lokasi kejadian, Omar berkata terdahulu polis menerima laporan seorang kanak-kanak perempuan diculik seorang lelaki tidak dikenali pada 4 petang.

“Di tingkat empat blok apartmen ini ada sebuah gerai dan suspek pergi ke gerai itu sebelum secara tiba-tiba mengeluarkan pisau dan menangkap kanak-kanak tersebut yang berada di luar gerai dan mengurungnya di unit rumah tersebut,” katanya.

Katanya suspek yang dianggar berusia 30-an sebelum itu mengarahkan penghuni unit berkenaan keluar dari rumah.

Sementara itu, nenek kanak-kanak tersebut Sharmala Mohd Akhir menafikan kejadian berpunca daripada dendam.

“Kami tidak kenal langsung dan tidak pernah nampak lelaki itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Malah katanya, dia hanya tahu cucunya diculik dan dijadikan tawanan selepas berlaku kekecohan di kawasan itu.

Ibu saudara kanak-kanak itu Nor Fatihah Nasir pula berkata ketika kejadian, ibu kanak-kanak tersebut berada di dalam rumah.

“Si ibu hanya tahu anak diculik selepas diberitahu oleh jiran,” katanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13959

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13124

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news