Miri: Malang menimpa seorang lelaki sekitar jam 9.50 pagi tadi apabila maut dihempap sebatang paip berukuran 40 kaki panjang berdekatan loji rawatan kumbahan Vista Perdana Miri, hari ini.
Menurut info awal Mangsa yang dikenali sebagai Ngau Wan Uyo, berusia 57 tahun maut ditempat kejadian setelah mengalami kecederaan yang cukup parah. Sebelum kejadian mangsa dikatakan sedang memeriksa bubu yang dipasangnya tidak jauh dari loji berkenaan.
Setakat ini mayat mangsa telah dihantar ke Hospital untuk tindakan selanjutnya.-Kamek Miak Sarawak