Lelaki maut dipukul guna topi keledar 0 5741

SIBU: Seorang lelaki berumur 25 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh di hadapan sebuah rumah di Jalan Foochow awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa dikenali sebagai Nicholas Matthew ditemui oleh pasukan polis di lokasi kejadian pada kira-kira jam 2 pagi tadi.

Beliau berkata, polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam menyatakan ada berlakunya pergaduhan di situ.

“Mangsa berasal dari Rantau Kemiding di Kanowit ditemui mengalami kecederaan luaran di bahagian kepala dan muka, disyaki dipukul dengan topi keledar motosikal,” katanya.

Bertindak atas maklumat, polis telah berjaya menangkap tujuh suspek lelaki berumur antara 15 hingga 48 tahun.

Terdahulu, katanya empat orang saksi (jiran mangsa) berusia 24 hingga 38 tahun di tempat kejadian dibawa ke balai termasuk seorang wanita dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kes itu.

Stanley berkata kesemua suspek ditangkap di tempat tinggal masing-masing antara jam 4 hingga 5 pagi tadi.

“Motif kejadian berlaku dipercayai angkara salah faham selepas mangsa memecahkan nombor plat pendaftaran seorang suspek yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka,” katanya.

Katanya lagi, mangsa dan suspek-suspek yang terbabit dipercayai minum minuman keras sejak petang.

Turut dirampas termasuk beberapa topi keledar, pakaian dan motosikal suspek terbabit sebagai barang kes.

“Kesemua suspek akan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” tambahnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15420

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news